Jumpa Lagenda Manchester United, Edwin van der Sar di AEON Mall.

Hai korang!

Kalau korang kaki bola, especially peminat tegar Manchester United, haaa, berita panas ni memang untuk korang! Sally punya teruja sangat nak kongsikan pasal event ni sebab… jeng jeng jeng… Edwin van der Sar, lagenda penjaga gol MU, akan datang ke Malaysia! 😱

Yes, betul korang ~

AEON MALL tengah buat event Active Beat 3.0 bermula dari 15 Julai sampai 31 Ogos 2025, dan highlight dia mestilah sesi Meet & Greet dengan Edwin van der Sar tu. Bukan senang weh nak jumpa lagenda depan-depan! Nak pergi ke Manchester, lagi laaa tak tau bila boleh sampai kan!


Macam mana nak join sesi Meet & Greet ni?

Senang je! Korang cuma perlu shopping kat mana-mana kedai dalam AEON MALL dan:

⇒ Belanja minimum RM200 kalau guna Maybank Card, ATAU RM280 kalau bukan Maybank user, tapi make sure semua pembelian tu dalam hari yang sama, dan maksimum 3 resit je untuk cukupkan jumlah tu.

Sesi jumpa Edwin akan diadakan di beberapa AEON MALL terpilih:

🗓 1 Ogos 2025 (Jumaat)
📍 2:00 PM – AEON MALL Bukit Mertajam
📍 6:30 PM – AEON MALL Ipoh Station 18

🗓 2 Ogos 2025 (Sabtu)
📍 2:00 PM – AEON MALL Bukit Tinggi
📍 5:30 PM – AEON Taman Maluri

🗓 3 Ogos 2025 (Ahad)
📍 12:00 PM – AEON MALL Tebrau City
📍 6:00 PM – AEON MALL Nilai

Tapi korang kena cepat tau sebab slot adalah terhad dan ikut siapa cepat dia dapat!

Nak menang hadiah menarik? Join je Spend & Win Contest! 🎁

AEON MALL dan Al-Ikhsan Sports juga tengah buat contest best sempena event ni iaitu “Spend & Win”. Hadiah bernilai sehingga RM10,000 dan barangan eksklusif Al-Ikhsan yang siap bertandatangan Edwin van der Sar menjadi rebutan!

Langkah dia mudah:
  • Belanja RM100 ke atas dalam 1 resit di Al-Ikhsan Sports.
  • Scan QR code dan isi borang online.
  • Tunggu dan berdoa korang antara pemenang bertuah! 😍

Partner hebat untuk Active Beat 3.0

Event ni dikuatkan dengan kerjasama dari Maybank, Al-Ikhsan Sports, OPPO, Focus Point, Nando’s, Tim Hortons, Toy World, LokalTeez dan Inner Casual (IC).


So guys, korang tunggu apa lagi? Nak jumpa lagenda + peluang menang hadiah best? Jom serbu AEON MALL berdekatan dan jadi sebahagian dari Active Beat 3.0! Kalau korang jumpa Sally kat sana, tegurlah tau! 😉

#AEONMALL #ActiveBeat

No comments:

Post a Comment