Hujung minggu lepas, Sally sempat bersama-sama memeriahkan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis yang diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Kalau korang nak tahu, bermula 1 hingga 20 September, AEON Mall Walking Challenge telah berlangsung serentak di 28 pusat beli-belah AEON di seluruh negara. Cabaran ini menggalakkan setiap peserta untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari di dalam pusat beli-belah AEON. Siapa kata window shopping tak bermanfaat kan!
Jangan terkejut sebab lebih daripada 2,000 peserta telah menyahut cabaran sepanjang 20 hari penganjuran. Kejayaan ini membuktikan bahawa masyarakat kita semakin peka terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri, termasuklah Sally! Baru la ada alasan nak keluar jalan-jalan walaupun dalam mall kan hehehe
Dalam majlis yang sama, Penyerahan Sijil The Malaysia Book of Records "Most Steps Accumulated in a Shopping Centre Walking Campaign" turut diberikan kepada AEON. Tahniah juga kepada AEON Mall AU2 Setiawangsa kerana telah berjaya mendapat Anugerah Penyertaan Tertinggi Pusat Membeli-belah sempena Mall Walking Campaign.
Selain itu, AEON juga melaksanakan pelbagai program kesejahteraan lain seperti AEON Weight Loss Rally yang berlangsung dari Julai hingga November, dengan pelbagai aktiviti kesihatan bagi membantu warga AEON mencapai berat badan ideal dan AEON Charity Run di Putrajaya yang merupakan acara tahunan yang menggabungkan riadah, gaya hidup sihat dan aktiviti amal untuk komuniti.
Penyampaian hadiah Cabaran Langkah Sihat Putrajaya antara Kementerian
Syabas dan tahniah la Sally ucapkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua agensi yang terlibat dalam menjayakan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan semestinya AEON juga yang terus menyokong usaha-usaha sebegini dan percaya bahawa kesihatan dan kesejahteraan adalah asas kepada komuniti yang sejahtera dan produktif.
Semoga kita semua akan terus membudayakan hidup sihat, kekal aktif, dan meningkatkan kecergasan demi masa depan yang lebih baik.




dah lama tak jalan sampai 10k langkah...paling tinggi pun 6k skrg ni maklumlah dah ortu
ReplyDelete