Di seluruh AEON MALL di Malaysia, pengunjung akan disambut dengan dekorasi Raya yang memukau, sarat dengan elemen ikonik Malaysia. Gabungan seni tradisional, inspirasi bunga-bungaan tropika dan sentuhan estetika Raya mencipta suasana yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga terasa begitu dekat dengan jiwa tempatan. Pendek kata, setiap sudut seolah-olah ada ceritanya sendiri.
Bagi menambahkan lagi kemeriahan, pengunjung juga berpeluang bertemu maskot kesayangan AEON MALL, Wira dan Manja, yang akan membuat penampilan khas sepanjang kempen berlangsung. Memang sesuai untuk bergambar, lebih-lebih lagi kalau datang bersama keluarga atau anak-anak.
Ganjaran Eksklusif Cerita Raya

Untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna, AEON MALL turut memperkenalkan Cerita Raya Special Edition Premium Redemptions, hasil kolaborasi eksklusif bersama jenama usahawan tempatan Bayu Somerset.
Antara koleksi istimewa yang boleh ditebus oleh pembeli:
- Cerita Raya Pouch Bag (Edisi Terhad)
- Cerita Raya Floral Charms
- Cerita Raya Money Packets
Semuanya memang sangat eksklusif dan sangat sesuai dijadikan koleksi atau hadiah kecil sempena musim Raya.
Raya Dengan Irama Moden
Menariknya lagi, AEON MALL turut bekerjasama dengan Sony Music Entertainment untuk menghasilkan video muzik khas Cerita Raya yang menampilkan artis tempatan berbakat, Bunga. Selain itu, peminat juga boleh menantikan siri promo tour di beberapa AEON MALL terpilih, membawa suasana muzik, hiburan dan interaksi bersama peminat lebih dekat dengan pengunjung.
Riuh Raya On-Ground Festivities
Bermula 22 Februari hingga 29 Mac 2026, pengunjung boleh merasai sendiri kemeriahan Riuh Raya yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Mochi Parade yang comel dan ceria
- Persembahan tradisional seperti gamelan dan kuda kepang
- Pelbagai persembahan budaya yang meraikan keunikan tradisi Malaysia
Confirm meriah sebab dah macam mini festival Raya dalam mall.
Cerita Raya Midnight Sale
Bagi yang suka shopping sampai lewat malam, jangan lepaskan peluang untuk Cerita Raya Midnight Sale pada 14 Mac 2026 di AEON MALL terpilih:
- AEON Mall Kota Bharu
- AEON Mall Kuching Central
- AEON Mall Seri Manjung
- AEON Mall Nilai
- AEON Mall Shah Alam
- AEON Mall Tebrau City
Dengan waktu membeli-belah yang dilanjutkan, pengunjung boleh mencari persiapan Raya dengan lebih santai sambil menikmati suasana shopping tengah malam yang penuh energi.
Pendek kata, Cerita Raya di AEON MALL bukan sekadar dekorasi atau promosi semata-mata. Ia adalah satu pengalaman yang menyatukan cerita, tradisi dan kegembiraan musim perayaan — sesuatu yang membuatkan kita terasa lebih dekat dengan semangat Raya itu sendiri.
Jadi kalau sedang mencari inspirasi persiapan Raya atau sekadar mahu merasai suasana perayaan yang meriah, mungkin inilah masanya untuk singgah ke AEON MALL dan biarkan Cerita Raya menjadi sebahagian daripada kisah Raya anda tahun ini.
#AEONMALL
#AEONMALLCeritaRaya
Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran media sosial AEON MALL atau kunjungi kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.
🌐 www.aeonmallmy.com
Facebook: aeonmall.my
Instagram: aeonmallmalaysia
.jpg)


No comments:
Post a Comment