Jujur cakap, bila dengar perkataan Christmas picnic dalam mall, memang terus rasa curious. Macam mana picnic tapi indoor? Bila dapat peluang hadir ke Cakechela 5.0 – Christmas Picnic Edition di AEON Mall Shah Alam, barulah faham kenapa event ni jadi antara yang paling ditunggu-tunggu setiap hujung tahun.
Acara ni merupakan sebahagian daripada kempen “Merrier Christmas Ever” oleh AEON MALL, dan kali ni mereka bekerjasama dengan komuniti KL Foodies untuk bawakan edisi kelima Cakechela dengan konsep yang jauh lebih festive dan cozy.
Masuk je ruang acara, suasana dia memang lain macam. Dekorasi Krismas yang cantik, vibe picnic yang santai, ditambah pula dengan kek-kek yang manis dihias pelbagai…Apa yang best, Cakechela 5.0 ni bukan sekadar pasal kek (walaupun kek-kek dia memang cantik dan tempting!).
Ia lebih kepada pengalaman, lagi-lagi tengah cuti sekolah jadi memang jadi tempat untuk keluarga, kawan-kawan dan komuniti berkumpul, dan raikan musim perayaan bersama-sama. Dari kanak-kanak sampai orang dewasa, masing-masing nampak happy dan relaxed.
Selain Cakechela, seluruh AEON MALL Shah Alam memang hidup dengan semangat Krismas. AEON MALL tahun ni bawakan konsep berskala besar termasuk DC Chibi Super Heroes displays dan Christmas Market-themed setups yang diadakan serentak di kesemua 27 AEON MALL di seluruh negara.
Paling menarik perhatian semestinya 360° centerpiece yang jadi spot wajib bergambar, serta DC Chibi Super Heroes inflatable berskala besar; yang pertama seumpamanya dibawa secara jelajah mall di Malaysia. Kolaborasi dengan Warner Bros. dan Pacific Licensing Malaysia ni memang lain daripada yang lain, bayangkan la superhero kita dalam bentuk chibi hihihi
Secara keseluruhan, Cakechela 5.0 – Christmas Picnic Edition berjaya cipta memori manis hujung tahun. Ia bukan sekadar event, tapi satu pengalaman yang simple, warm dan penuh rasa kebersamaan — exactly apa yang perayaan Krismas sepatutnya rasa dan yang penting free flow kek yang pelbagai!
Kalau korang cari aktiviti hujung tahun yang santai, bermakna dan penuh vibe festive, jangan lupa singgah ke AEON Mall seluruh negara!
Untuk info lanjut tentang acara dan aktiviti menarik AEON MALL, boleh follow media sosial mereka atau singgah di Kaunter Khidmat Pelanggan AEON MALL.
📱 www.aeonmallmy.com
📘 Facebook: AEON MALL Malaysia
📸 Instagram: @aeonmallmalaysia
#AEONMALL #AEONMALLMerriestChristmas #Cakechela5.0 🎄🍰
Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam: Christmas Picnic Dalam Mall!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment