Sepetang Bersama Yu Ting & Chef Martin Yan, Menyatukan Generasi Dengan Warisan.

Bercakap tentang kulinari, jujurnya Sally bukanlah orang yang luas pengetahuan, tapi bila tau ada event yang sarat dengan perkongsian pengalaman kulinari, daripada tak rajin pun boleh rajin nak datang kan!

Sempena meraikan ulang tahun ke-68 mereka, Yu Ting Trading Sdn Bhd menjemput Chef Martin Yan semestinya mencuri perhatian. Malam itu di Sun Gourmet TRX, event ni bukan sekadar event meraikan ulang tahun tapi sebenarnya sarat dengan perkongsian!

Bertemakan “Engineering Heritage, Timeless Culinary, and Inheritance”, keseluruhan malam terasa sangat thoughtful. Dari video pengenalan jenama sehinggalah susunan program, semuanya bercerita tentang satu perkara; warisan bukan hanya apa yang kita tinggalkan, tetapi bagaimana kita meneruskannya.


Legenda di dapur, tapi tetap humble dan penuh energi. Melihat beliau memasak secara langsung, sambil berkongsi ilmu dengan senyuman yang tidak pernah hilang, terasa seperti menonton seorang mentor yang benar-benar menikmati apa yang dilakukannya.

Daripada penggunaan pisau pemotong sehingga tip untuk dapatkan masakan yang biasa tapi rasa luar biasa, memang pengalaman kulinari yang mahal pada pandangan Sally!


Menu yang disediakan oleh pasukan Sun Gourmet pula melengkapkan pengalaman malam itu. Setiap hidangan bukan sekadar cantik dipersembahkan, tetapi terasa ada jiwa, seiring dengan naratif malam tentang tradisi dan inovasi.


Momen yang paling mahal adalah sesi perbincangan “The Legacy, The Future”. Perbualan tentang mengekalkan tradisi, berani beradaptasi dengan perubahan, dan pentingnya membimbing generasi seterusnya terasa sangat relevan sebab bukan hanya untuk industri kulinari, tetapi untuk apa jua bidang, kelangsungan itu penting. Dalam dunia yang bergerak pantas, nilai dan manusia tetap menjadi asas yang tidak boleh diganti.


Yu Ting bukan sekadar meraikan 68 tahun kejayaan. Mereka meraikan perjalanan, hubungan, dan semangat untuk terus berkongsi ilmu dan nilai kepada generasi akan datang. Semoga ulang tahun ke-68 akan berterusan, mungkin sehingga 668 tahun lagi ke kan!


Dan semestinya, semua yang hadir pulang dengan satu perasaan yang sama...kenyang, terinspirasi, dan bersyukur dapat menjadi sebahagian kecil daripada cerita malam itu. Satu pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit!

No comments:

Post a Comment