AEON MALL raikan CNY dengan “Prosperity Blossom” & CSR Penuh Makna di AEON MALL Bukit Tinggi.

Awal tahun, kemeriahan buat yang berbangsa Cina. Kalau sebut Chinese New Year, mesti terbayang warna merah, bunyi gendang yang kuat sampai rasa dekat dada, dan singa yang menari lincah sana sini, kan? Tapi kali ni, sambutan dekat AEON MALL Bukit Tinggi bukan sekadar dekor cantik dan persembahan meriah. Ada satu momen yang betul-betul buat rasa dekat di hati kita semua.

Sempena kempen “Prosperity Blossom”, AEON MALL bukan saja nak raikan perayaan, tapi sekaligus angkat nilai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan cara yang cukup bermakna.


Singa Bukan Sekadar Tarian, Tapi Warisan

Antara highlight utama hari tu mestilah Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada sembilan persatuan tarian singa sekolah dan komuniti. Kalau korang nak tahu, setiap satu kepala singa tu bukan murah dan untuk banyak sekolah/komuniti tarian singa, kos inilah yang selalu jadi cabaran.

Antara penerima termasuklah:
  • Hin Hua High School
  • Kuen Cheng High School
  • Catholic High School
  • Khuan Loke Dragon & Lion Dance Association Malaysia
  • Hong Yi Dragon and Lion Dance Association

Dan beberapa lagi persatuan yang aktif memperjuangkan seni tarian singa.

Bila tengok pelajar-pelajar ni berdiri bangga terima kepala singa baru, memang nampak semangat dekat mata masing-masing. Benda macam ni mungkin nampak kecil untuk sesetengah orang, tapi untuk mereka, penghargaan ini sebagai simbol semangat, disiplin, dan kesinambungan budaya yang mereka perjuangkan.

“Dotting the Lion’s Eye”: Simbolik & Penuh Harapan

Majlis dimulakan dengan Upacara “Dotting the Lion’s Eye” yang merupakan simbolik membuka ‘roh’ dan menghidupkan singa. Momen ni disempurnakan oleh AEON MALL bersama enam rakan penaja mereka iaitu The Film Engine, Toy World Malaysia, Poh Kong, ITSU, Souper Tang dan Hock Kee. Acara simbolik ini bukan sekadar formaliti, bila semua pihak sama-sama pegang berus dan titik mata singa, dia jadi simbol kerjasama, yang membawakan makna "prosperity" tu bukan datang daripada hasil usaha bersendirian tapi hasil usaha bersama.


Lebih Daripada Sekadar CSR

Sumbangan di musim perayaan bukan sekadar nak “bagi sumbangan” dan ambil gambar. Ia ada tujuan yang jelas, ianya sebagai tanda sokongan bagi menggalakkan kesinambungan budaya tradisional, menaikkan semangat pelajar untuk aktif dalam kokurikulum, meringankan beban kewangan persatuan sekolah dan juga membentuk disiplin dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan generasi muda khususnya.

Dalam dunia yang makin berkembang pesat ni, usaha macam ni sangat penting. Budaya tak akan kekal kalau tak ada yang teruskan, khususnya wakil daripada anak muda dan apabila pusat beli-belah macam AEON MALL mengambil langkah ke depan untuk bantu, memang sangat patut dipuji.


Perayaan Yang Ada Jiwa

Chinese New Year di AEON MALL Bukit Tinggi tahun ni bukan sekadar tanglung bergantungan dan lagu perayaan berkumandang. Ia tentang memberi, berkongsi rezeki, dan memastikan warisan terus hidup dan tidak ditelan zaman.

Kadang-kadang, kemeriahan sebenar bukan pada dekor paling besar, paling cantik atau persembahan paling gah tapi pada impak yang tinggal lama selepas lampu perayaan dipadamkan.

Dan untuk “Prosperity Blossom” kali ni, memang terasa maknanya. 🌸

No comments:

Post a Comment