Pernah tak rasa badan dan emosi kita “lain macam”… tapi kita sendiri tak tahu kenapa?
Penat tu macam lain. Mood swing datang tanpa jemputan. Tengah malam tiba-tiba Google simptom yang kita sendiri tak berani nak tanya sesiapa.
Kalau ya, percayalah… you’re not alone.
Baru-baru ni, Sally berpeluang join satu sesi yang bagi Sally sangat “real” sebab bukan sekadar event biasa, tapi ruang yang betul-betul buat wanita rasa didengar. Sally sanggup luangkan masa kerja, ambil cuti sebab nak join sesi ini.
Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) dengan kerjasama KitaParents telah lancarkan satu movement yang dipanggil “What Women Want (For Health)” yang bakal menjadi aktiviti mereka secara bulanan, dan sesi pertama mereka memang kena sangat dengan ramai wanita iaitu Perimenopause Unfiltered.
Dan ya…satu topik yang jarang orang nak sembang sebab ramai wanita dekat Malaysia yang takut dengan menopause.
Bila “stress” tu sebenarnya bukan stress
Kita selalu assume:
“Ah, aku penat sebab kerja”
“Emosi sikit sebab banyak benda fikir”
Tapi sebenarnya… ada benda yang lebih deep daripada tu. Perimenopause ni fasa yang ramai wanita lalui, tapi jarang dibincangkan secara terbuka. Kadang kita sendiri tak sedar yang simptom tu bukan sekadar stress biasa, tapi perubahan hormon yang berlaku dan ramai yang tak sedar badan kita dah bagi signal ini awal lagi.
Dekat sesi ni, Dr Premitha Damodaran explain dengan sangat santai, tapi kena terus ke hati. Bukan dalam suasana klinik yang formal… tapi dalam café setting, rasa macam borak dengan kawan, tapi kawan tu pakar la HAHA
“One thing I blamed on stress…”
Antara moment yang paling Sally suka sebab semua yang hadir sangat terbuka dan memang nak tau cara atasi stress bila menghampiri fasa Perimenopause. No judgement, no awkwardness.
Soalan macam:
“Satu benda yang aku ingat stress… tapi mungkin bukan”
“Apa yang aku Google pukul 2 pagi tapi tak pernah tanya sesiapa”
Dan dari situ… kita sendiri akan realise something.
Semua orang ada cerita masing-masing.
Semua orang pernah rasa confuse.
Dan paling penting, semua orang pernah rasa "alone".
Apa yang buat sesi ni lain sikit, dia bukan sekadar talk, tapi lebih kepada perkongsian hati ke hati dan bagi kita rasa yang ini safe space yang kita semua perlukan.
Dan honestly… benda macam ni lah yang kita perlukan lebih banyak.
Ruang untuk perempuan bercakap.
Ruang untuk perempuan faham badan sendiri.
Ruang untuk tahu yang kita tak “overthinking”.
Teringat ada satu temubual Gempak Original Series Tumpah Teh with Sarimah, masa tu Che Puan Sarimah Ibrahim bersama personaliti media sosial dan usahawan, Nigel Sparks. Nigel terkenal dengan tagline beliau "jangan kata abang tak payung", Satu soalan yang kadang buat kita terdiam, bila soalan itu ditujukan kepada kita. Kita selalu jaga semua orang… tapi diri sendiri?
Sebagai wanita itulah yang kita biasa buat; letak diri sendiri last.
Kerja, keluarga, anak, semua kita jaga.
Tapi bila badan bagi signal… kita ignore.
Event ni mungkin kecil, tapi impact dia besar, sebab kadang-kadang, yang kita perlukan bukan solution yang complicated tapi hanya ruang untuk faham apa yang kita tengah lalui. Dan kalau kita rasa badan kita “lain macam” lately…maybe it’s time to stop brushing it off as “just stress”.
Apa yang Sally belajar dari sesi ni simple je:
👉 Awareness tu penting
👉 Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak ambil tahu
👉 You don’t have to go through this alone
Sesi “What Women Want (For Health)” Bincangkan Simptom Perimenopause.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment