Sally berkesempatan ke majlis pembukaan Iftar Rumah Lauk oleh Marvelous Mama Sdn Bhd yang berlangsung di Nafoura Hall, Shaftsbury Mall Putrajaya Presint 1. Lokasinya strategik, dekat je dengan komuniti Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang, kiranya memang sesuai sangat la untuk yang nak berbuka bersama keluarga atau buat buka puasa korporat.
Konsep “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”
Tagline dia simple tapi kena sangat la; Dari Dapur Kami ke Meja Anda. Secara mudah rasa masakan rumah, yang selalu kita rindukan masa Ramadan. Paling best sebab ada lebih 150 variasi hidangan kampung setiap hari dengan harga pula bawah RM100, dengan pilihan sebanyak itu, memang kategori berbaloi.
Antara yang Sally nampak:
- Lauk tradisi dan warisan Malaysia
- Aneka kuih-muih klasik
- Hidangan panas-panas terus dari dapur
- Buskers live setiap hari
- Selebriti jemputan hujung minggu (masa Sally datang ada Linda & Diana Rafar)
Paling yang green flag sebab ada kemudahan surau untuk Maghrib, Isyak dan Terawih. Memang lengkap untuk suasana berbuka yang selesa.
Plot Twist Ramadan: Rusa Golek Setiap Hari π¦
Paling rare mestilah sebab bufet dekat sini ada Rusa Golek setiap hari, tak main la kambing golek dah sekarang. Diperap dengan rempah tradisional, dipanggang sampai sempurna dan jujurnya, inilah antara tarikan paling unik yang Sally nampak. Jarang sangat bufet Ramadan berani tampilkan menu macam ni. Memang rasa dia premium dan lain daripada yang lain. Bagi yang suka cuba benda baru, ini memang wajib rasa.
Dengar kata ada cabutan bertuah pada 17 Mac 2026. Hadiahnya bukan biasa-biasa sebab ada wang tunai, emas dan pelbagai hadiah menarik. Buka puasa sambil ada peluang menang hadiah besar? Siapa tak nak.
Iftar Rumah Lauk ni bagi Sally, bukan sekadar bufet biasa sebab menu-menu dia penuh nostalgia, rasa kampung dan sesuai sangat untuk semua peringkat umur.
Kalau nak buat tempahan korporat atau biasa, boleh hubungi:
Mohd Aqil – 013-277 7922 (Korporat)
013-277 7244 (Tempahan biasa)
Ramadan ni, mungkin boleh cuba sesuatu yang sedikit berbeza. Rusa golek, siapa sangka kan? π
Ramai yang mungkin kenal Marvelous Mama Sdn Bhd sebagai pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan. Tapi apa yang buat Sally kagum, produk mereka dah sampai ke Dubai dan London.
Antara produk eksport mereka seperti Rendang, Lemang Durian, Ketupat Palas, Daging Dendeng, Satar Ikan & Ayam dan semestinya Acar Ikan Talang. Kalau korang nak tau, Satar keluaran mereka memang antara yang selalu dipuji kerana rasa seimbang, rempah tak lari daripada resipi tradisi. Lemang durian dan serawa pun antara yang menjadi rebutan.
Dan menurut perancangan, restoran tetap Rumah Lauk bakal dibuka di Kuala Lumpur hujung April ini, diikuti London dan Jakarta dalam tahun yang sama. Nantikan!








No comments:
Post a Comment