Bukan Sekadar Teknologi, Tapi Tentang Ibu: Toshiba Raikan Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026.

“Empowering Every Mother’s Journey” merupakan satu inisiatif yang mengingatkan kita bahawa di sebalik setiap perjalanan seorang ibu, ada keperluan untuk didengar, difahami dan disokong.

18 Ogos 2026 — sempena Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026, Toshiba Lifestyle Malaysia membawa satu mesej yang cukup dekat dengan hati ramai ibu menerusi inisiatif “Empowering Every Mother’s Journey”.


Bukan sekadar bercakap tentang penyusuan susu ibu, tetapi tentang realiti sebenar perjalanan seorang ibu, termasuklah cabaran, tekanan, keperluan mendapatkan maklumat yang betul dan paling penting, kehadiran sistem sokongan yang boleh membantu seorang ibu melalui fasa ini dengan lebih yakin. Walaupun Sally bukanlah seorang yang bergelar ibu, bila bercakap tentang ibu dan bayi, memang kita akan terfikir tentang satu perkara: ibu pun manusia juga.


Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada apa yang terbaik untuk bayi sehingga terlupa bahawa kesejahteraan ibu juga sangat penting, berapa ramai je ahli keluarga yang bertanya tentang keadaan ibu selepas melahirkan, selalunya ramai yang mencari bayi terlebih dahulu...

🤱🏻 Penyusuan susu ibu bukan perjalanan seorang ibu seorang diri

Di Malaysia khususnya, menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dalam usaha menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Namun begitu, perjalanan setiap ibu tidak semestinya sama.

Dalam forum yang dianjurkan Toshiba ini, perkara yang diketengahkan cukup menarik iaitu pendidikan, sokongan yang tepat dan pilihan yang berinformasi memainkan peranan penting dalam membantu para ibu.

Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada YB Yeo Bee Yin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat; Elizabeth Richard, Perunding Laktasi Bertauliah & Pakar Penjagaan Bayi; serta Natasha Hudson, model, penggiat seni seramik dan pejuang kesejahteraan.


Apa yang Sally suka tentang pendekatan ini ialah ia tidak melihat penyusuan sebagai tanggungjawab seorang ibu semata-mata. Sebaliknya, ia melibatkan keluarga, komuniti dan profesional penjagaan kesihatan. Sebab realitinya, seorang ibu mungkin berdepan pelbagai cabaran setiap hari. Jadi, sokongan yang betul boleh membuatkan perjalanan itu terasa sedikit lebih ringan.

🍼 Bila teknologi bertemu dengan keperluan seorang ibu

Toshiba pula membawa pendekatan yang agak menarik dengan menggabungkan teknologi, pendidikan dan keprihatinan komuniti untuk membantu menjadikan kehidupan seharian keluarga lebih selesa.

Antara perkara yang menarik perhatian ialah sumbangan perkakas rumah kepada beberapa pusat penjagaan selepas bersalin:

✨ The Nesting Place Confinement Centre
✨ Kimporo Postnatal Rejuvenation Centre
✨ LYC Mother & Child Centre

Jumlah keseluruhan sumbangan adalah kira-kira RM60,000, merangkumi peti sejuk, mesin basuh, mesin pengering dan mesin pencuci pinggan mangkuk, dan semua ini bukan sekadar perkakas rumah biasa tetapi merupakan teknologi yang boleh dimanfaatkan.

Peti sejuk yang disumbangkan boleh membantu dalam penyimpanan susu ibu yang diperah secara selamat dan bersih, manakala perkakas lain pula dapat membantu meningkatkan keselesaan serta kemudahan kepada ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang. Nampak kecil je kan tapi bila kita fikir semula…dalam tempoh berpantang, bila rutin harian berubah 360 darjah, perkara yang boleh memudahkan kerja rumah memang boleh memberikan perbezaan yang besar. 🥹

🏆 Sampai dapat pengiktirafan Parenthood Records!


Atas sumbangan tersebut, Toshiba Lifestyle Malaysia turut menerima pengiktirafan daripada Parenthood Records bagi kategori:

“Sumbangan Peralatan Rumah Terbanyak kepada Pusat Penjagaan Selepas Bersalin.”

Pengiktirafan ini bukan sahaja tentang jumlah sumbangan, tetapi turut mencerminkan komitmen Toshiba dalam membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan kondusif untuk ibu serta bayi.

Dalam masa yang sama, Toshiba turut memperkenalkan 5-Senses Toshiba Lifestyle Experience Zone, yang mengetengahkan bagaimana solusi perkakas rumah boleh membantu mewujudkan suasana yang lebih selesa, bersih dan menenangkan untuk ibu, bayi dan seluruh keluarga.


💕 Setiap perjalanan ibu itu berbeza

Satu perkara yang paling melekat daripada perkongsian dalam forum ini ialah hakikat bahawa setiap perjalanan seorang ibu adalah unik.

Ada yang mudah.

Ada yang penuh cabaran.

Ada yang mendapat sokongan daripada keluarga.

Ada pula yang terpaksa mencari sendiri maklumat dan bantuan yang diperlukan.

Sebab itu sokongan yang tepat sangatlah penting.

Seperti yang dikongsikan Natasha Hudson, mendapatkan sokongan yang betul boleh memberikan perubahan yang bermakna dan dalam masa yang sama mengingatkan kita bahawa kesejahteraan seorang ibu juga amat penting.

Kadang-kadang, yang seorang ibu perlukan bukanlah orang yang memberitahu atau mengajar dia apa yang “sepatutnya” dilakukan walaupun ini pengalaman pertama mereka bergelar ibu tetapi seseorang yang berkata…

“Tak apa. You’re doing your best. We’re here to support you.” 🤍

Dan mungkin itulah semangat sebenar di sebalik Empowering Every Mother’s Journey.

Bukan untuk menentukan bagaimana seorang ibu harus melalui perjalanannya, tetapi untuk memastikan dia tidak perlu melaluinya seorang diri.


Selamat Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026. 🤱🏻💗

Because behind every healthy baby, there is also a mother who deserves to be supported, cared for and celebrated. ✨

Untuk maklumat lanjut mengenai Toshiba Lifestyle Malaysia, boleh layari laman rasmi Toshiba Lifestyle Malaysia.

No comments:

Post a Comment