Kadang-kadang bila craving tu datang, kita memang terbayang roti naan panas-panas, cicah pulak dengan kuah kari yang pekat... Fuh! Tapi nak keluar beli pun belum tentu puas hati — kuantiti tak seberapa, kualiti pun kadang hmm... Jadi, Sally ambil jalan selamat: buat sendiri! Lagi jimat, lagi puas hati.

Resipi ni Sally dapat dari kakak, dan serius... menjadi sangat! Roti lembut, gebu, dan boleh dimodifikasi ikut selera masing-masing. Nak letak keju? Boleh. Nak garlic butter style? Pun boleh. Nak kosong je? Pun boleh!
🛒 Bahan-bahan (Untuk ± 6 keping)
Bahan A (Campur semua sekali):
-
300g tepung gandum
-
1½ sudu teh yis
-
½ sudu teh garam
-
1 sudu teh superbake / bread improver
-
2 sudu teh susu tepung
-
2 sudu besar gula pasir
Bahan B:
-
90ml–120ml air suam (masukkan sikit-sikit sampai doh lembut)
-
3 sudu besar minyak masak
Bahan C (Optional, ikut kreativiti):
-
Keju mozzarella
-
Bawang putih cincang + mentega (untuk Garlic Butter Naan)
👩🍳 Cara-cara:
-
Campurkan semua bahan A dan gaul rata.
-
Masukkan air suam & minyak sedikit demi sedikit. Uli dalam 15 minit — kalau malas, boleh guna mixer.
-
Tutup doh dan biarkan naik lebih kurang 1 jam, sampai mengembang 2 kali ganda.
-
Dah naik, bahagikan doh kepada 6 bahagian (lebih kurang 85g setiap satu).
-
Canai sedikit. Kalau nak letak keju, masa ni la nak sumbatkan ke dalam doh.
-
Panaskan pan non-stick dan lengserkan sikit minyak. Masak naan sampai garing dua-dua belah.
-
Dah masak, sapu mentega... atau kalau suka garlic, sapu mentega + bawang putih cincang.
💡 Tips & Idea:
-
Masa tunggu doh naik, boleh sediakan lauk sampingan — kari daging, sambal sardin, keema...
-
Roti ni best makan panas-panas, tapi kalau nak simpan, boleh frozen lepas masak.
-
Kalau nak lagi gebu, boleh tambah 1 sudu yogurt masa uli doh.
Dah cuba resepi ni? Jangan lupa share hasil korang dengan Sally ya! Tag je dekat IG atau komen kat bawah!
No comments:
Post a Comment