Resipi ini menggunakan loyang 10” × 10” dan menghasilkan brownies yang sesuai dipotong kepada beberapa saiz mengikut keperluan jualan. Asalnya Sally guna loyang 9” x 9”, tapi ada permintaan untuk lebih besar jadi Sally adjust sedikit resipi asal supaya sesuai untuk loyang 10” × 10”.

Tekstur brownies ini lebih kepada fudgy brownies sebab bahagian tengah masih lembut dan moist, dengan permukaan brownies yang nipis dan berkedut selepas dibakar. Paling penting untuk kekalkan harga yang premium, kena guna bahan-bahan yang premium juga.
Bahan-bahan
375g Dark chocolate
190g Unsalted butter
125g Tepung gandum
40g Serbuk koko
½–¾ sudu kecil Garam
2½ sudu besar Air panas
1 sudu kecil Espresso / Nescafe
250g Gula perang
5 biji Telur Gred A/B
1¼ sudu kecil Esen vanila
Cara Penyediaan
- Cairkan dark chocolate dan unsalted butter menggunakan kaedah double boiler atau secara perlahan sehingga sebati. Ketepikan seketika.
- Dalam bekas lain, bancuhkan espresso/Nescafe dengan air panas. Ketepikan. (boleh juga campurkan terus Nesacafe dalam bancuhan coklat yang dicairkan.
- Masukkan gula perang, telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Tak perlu pukul terlalu lama seperti membuat kek.
- Masukkan bancuhan kopi dan campuran dark chocolate yang telah dicairkan. Kacau sehingga semuanya sebati.
- Ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam. Masukkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati sahaja. Jangan overmix.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang 10” × 10” yang telah dialas dengan baking paper.
- Bakar pada suhu 160°C. Mula periksa brownies sekitar minit ke-30 kerana setiap oven mempunyai tahap kepanasan yang berbeza.
Brownies yang fudgy sepatutnya masih mempunyai sedikit crumbs yang lembap pada lidi, tetapi bukan adunan yang masih cair. Setelah dikeluarkan dari oven, biarkan brownies sejuk sepenuhnya. Untuk potongan yang lebih kemas, sejukkan sekurang-kurangnya 2–3 jam, atau lebih baik lagi semalaman. Tip Untuk Hasil Yang Konsisten
Oleh kerana brownies ini dibuat untuk jualan, konsistensi memang sangat penting. Pelanggan yang beli hari ini sepatutnya mendapat hasil yang hampir sama dengan brownies yang mereka beli minggu depan.
1. Gunakan telur Gred A atau B sahaja
Resipi ini menggunakan 5 biji telur Gred A (atau B).
Kalau telur yang digunakan lebih kecil seperti Gred C, berat telur boleh berbeza dan ini boleh mempengaruhi tekstur brownies. Jika perlu, tambah sedikit telur yang telah dipukul, lebih kurang 20–30g.
2. Kekalkan suhu 160°C
Sally cadangkan kekalkan suhu pada 160°C dan mula periksa brownies sekitar minit ke-30. Jangan bergantung sepenuhnya pada masa kerana setiap oven boleh memberikan hasil yang berbeza. Sally ada juga naikkan suhu kalau Sally bakar dua biji brownies dalam masa yang sama.
3. Jangan overbake
Ini antara perkara paling penting kalau nak dapatkan brownies yang fudgy. Brownies akan menjadi lebih firm selepas ia sejuk sepenuhnya. Jadi, jangan tunggu sehingga lidi keluar benar-benar kering sebelum keluarkan brownies dari oven. Untuk brownies fudgy, sedikit wet crumbs pada lidi adalah normal. Yang penting, ia bukan lagi adunan cair.
4. Wajib beri masa untuk sejuk
Sally tahu bahagian ini paling susah tapi brownies baru keluar oven memang nampak macam nak terus potong tapi kalau nak potongan yang cantik dan kemas, sabar dulu.Biarkan sekurang-kurangnya 2–3 jam, atau simpan semalaman sebelum dipotong. Brownies juga akan lebih mudah dikendalikan apabila teksturnya sudah stabil. Tetapi kalau tak ada masa lebih, guna cutter untuk dapatkan potongan yang sekata.
Sesuai Untuk Jualan
Bagi yang buat brownies untuk business, resipi ini boleh dijadikan sebagai basic recipe dan kemudian disesuaikan mengikut saiz potongan, packaging dan harga jualan.Yang paling penting, sebelum mula menjual secara konsisten, pastikan korang dah buat beberapa kali percubaan menggunakan oven, loyang dan sukatan yang sama. Gula juga boleh kurangkan ikut kesesuaian kalau tak nak terlalu manis.
Bila dah jumpa setting yang paling sesuai dengan oven sendiri, catatkan suhu dan masa tersebut. Ini akan memudahkan proses baking setiap kali ada order, untuk jualan, bukan sekadar brownies sedap tapi konsisten itu yang buat pelanggan repeat order. ❤️
Selamat mencuba! 🍫
No comments:
Post a Comment