UPKK Kian Menghampiri! Fokus 'Straight A' Bersama Fly High Education.

Menjelang sahaja musim peperiksaan, bukan anak-anak sahaja yang rasa debaran, ibubapa pun turut sama rasa bimbang. Kadang-kadang terfikir sudah cukupkah persediaan yang kita beri kepada anak-anak.

Walaupun Sally tak ada anak lagi, tapi debaran Sally berkongsi dengan kakak dan abang yang dua-dua mempunyai anak yang bakal menduduki UPKK tahun ini.

Apakah Sebenarnya UPKK?

UPKK ialah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA yang biasanya diduduki oleh murid Tahun 5. Peperiksaan ni penting sebab ia menjadi penanda aras tahap pemahaman anak-anak dalam ilmu agama. Bukan itu sahaja, ujian ini juga salah satu tiket untuk ke sekolah menengah agama, SBP atau MRSM tertentu.

Subjeknya merangkumi pelbagai bidang agama Islam seperti Al-Quran, Fiqh, Sirah, Akidah, Jawi & Khat, dan Adab. Uniknya UPKK, menggabungkan format penilaian bertulis, lisan, dan juga amali. Jadi, anak-anak bukan setakat belajar teori, tapi wajib praktikkan juga.

UPKK dan Hala Tuju Sekolah Menengah

Bila anak lulus cemerlang UPKK, peluang mereka untuk masuk ke sekolah seperti Sekolah Menengah Agama (SAM), SBP agama, MRSM agama, atau sekolah integrasi lebih cerah. Jangan pandang ringan ya! Keputusan UPKK kadang-kadang jadi dokumen sokongan utama semasa permohonan ke sekolah menengah tertentu. Yang penting, lepas UPKK, anak-anak dapat asas agama yang kukuh. 

Pilihan Program Persediaan UPKK Fly High Education

Persediaan kena betul-betul mantap! Sebab itu, Sally nak kongsikan tentang pelbagai program intensif mengikut kesesuaian masa anak-anak kita, semestinya bersama Fly High Education.


Jenis KelasFokus UtamaTarikh & MasaYuran
Kelas Online Gempur UPKKUlangkaji silibus Tahun 3 - 5, teknik mudah ingat, latih tubi soalan sebenar.11 & 25 Oktober 2025 (Sabtu) @ 5.00 – 7.00 pmRM50 (2 sesi)
Kelas Meroket UPKKLatih tubi intensif dengan Ustaz Azhari, nota & rakaman disediakan.10, 11, 12, 24, 25 & 26 Oktober 2025 (Jumaat - Ahad)RM120 (10 sesi)
Kelas VIP UPKKBimbingan eksklusif, teknik KBAT, interaktif, penilaian prestasi bulanan.12 & 26 Oktober 2025 @ 9.00 am – 5.00 pm (Fly High Education Centre, Shah Alam)RM150
Kelas Online Bahasa Arab UPKKFokus bahasa Arab, latih tubi, tips mudah.6, 13, 20 & 27 Oktober 2025 (Isnin) @ 8.00 – 9.30 pmRM70 (4 sesi)
Kelas Mengaji OnlinePerbaiki bacaan Al-Quran bersama Ustaz Joharie.4, 11, 18, 25 Oktober (Sabtu) ATAU 5, 12, 19, 26 Okt (Ahad) @ 9.30 – 11.00 amRM70 (4 sesi)
Dengan bimbingan guru berpengalaman macam Ustaz Azhari bin Sulaiman dan Ustaz Joharie, insyaAllah anak-anak kita lebih yakin nak hadapi UPKK. Jangan tunggu lagi sebab persediaan awal boleh bantu anak-anak kita lebih bersedia dan yakin semasa menjalani ujian!

Jom Daftar Sekarang!

Klik Link WhatsApp untuk pendaftaran segera:
👉 LINK 1
👉 LINK 2
👉 LINK 3

No comments:

Post a Comment