Mengiringi pelancaran Visit Malaysia Year 2026, tarikan luar biasa ini sekali lagi menawarkan peluang unik kepada rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa untuk menikmati hidangan 150 kaki dari tanah—digantung menggunakan kren, sambil menikmati pemandangan 360° panorama Kuala Lumpur yang memukau.
Lokasi Eksklusif di TREC Kuala Lumpur
Bertempat di TREC Kuala Lumpur, edisi pop-up terhad ini berlangsung sehingga akhir Januari 2026. Pengunjung bakal menikmati menu makan malam tiga hidangan yang disediakan oleh Ceylon House, ahli kumpulan restoran berprestij Cinnamon Group—antara nama terkemuka dalam dunia kulinari mewah di Malaysia. Semua tetamu akan dipasang tali pinggang keselamatan dan duduk di atas platform berputar, memastikan setiap orang dapat menikmati pemandangan terbaik di udara.
Standard Keselamatan Bertaraf Dunia
Sejak mula beroperasi pada Mei 2006 di Brussels, Belgium, Dinner In The Sky telah menjalankan lebih 10,000 sesi di lebih 70 bandar di seluruh dunia. Di Malaysia, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.
Sepanjang penerbangan:
- Tetamu diwajibkan memakai tali pinggang keselamatan.
- Kakitangan akan menggunakan tali keselamatan khas ketika bertugas.
- Penyelia keselamatan akan memberi taklimat sebelum penerbangan dan sentiasa berhubung dengan operator kren serta kru darat.
- Semua reka bentuk, pengiraan dan simulasi telah diuji serta disahkan oleh TÜV SÜD, organisasi Jerman yang diiktiraf dalam penilaian keselamatan bertaraf global.
Pengalaman Dinner In The Sky Malaysia ditawarkan pada RM399 nett seorang, termasuk:
- Pengalaman makan malam selama 1 jam di udara
- 3-Course Meal
- Minuman kordal dan air secara free flow
Terdapat dua sesi setiap hari:
- KL Sunset – 6:30 PM
- KL City Lights – 8:00 PM
Tetamu mestilah berumur 12 tahun ke atas, dan mereka di bawah 18 tahun perlu ditemani orang dewasa.
Tempahan & Maklumat Lanjut
Tempat duduk boleh ditempah melalui:
- Laman web rasmi: www.dinnerintheskymalaysia.com
- Ejen pelancongan bertauliah
- Walk-in di Dinner in the Sky Lounge, TREC Kuala Lumpur
Untuk majlis korporat, acara istimewa atau tempahan tertutup, pelanggan digalakkan menghubungi pihak Dinner In The Sky Malaysia untuk pakej khas serta pengaturan eksklusif. Pengusaha pelancongan dan agensi juga dialu-alukan untuk bekerjasama bagi peluang perkongsian strategik.
No comments:
Post a Comment