Resipi Apam Coklat Cheese – Gabungan Lembut & Lemak Berkrim!

Kalau dah duduk Malaysia, apa-apa pun mesti nak letak cheese kan? πŸ˜„ Sally pun tak terkecuali… ikut je la trend, asalkan sedap dan orang nak order! Apam pun kita upgrade sikit — jadilah Apam Coklat Cheese yang moist, lembut, dan ada cheese tau.

By the way, korang dah tahu ke Sally sekarang tengah buat bisnes kecil-kecilan dari rumah — jual kek, pastri, dan kuih-muih semua tu under nama the.cakesion? Tapi ada juga yang cakap jauh sangat nak order, delivery pun mahal kalau pakai Lalamove/Grab. Jadi, Sally pun share je la resipi ni… boleh try buat sendiri kat rumah! Jangan risau, rezeki masing-masing kan? Kita usaha, selebihnya serah pada Allah. πŸ’›

🧾 Bahan-bahan:

πŸ”Έ BAHAN A (ayak & ketepikan):

  • 1 cawan tepung gandum

  • 1 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh soda bikarbonat

πŸ”Έ BAHAN B (satukan & masak api perlahan sampai larut):

  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak

  • 1 cawan serbuk koko

  • 1 cawan susu cair / fresh milk

  • ¾ cawan susu pekat manis

  • ¾ cawan gula pasir / gula perang

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • ¼ sudu teh garam

πŸ”Έ BAHAN C (pukul @ kisar sampai berbuih):

  • 4 biji telur

πŸ§€ Adunan Cheese:

  • 250g cream cheese (Sally guna jenama Tatura, lembut sikit)

  • ½ cawan gula kastor

  • 1 biji telur (gred A/B)

  • 2 sudu makan tepung gandum

  • 1½ sudu makan susu segar

πŸ‘©‍🍳 Cara Penyediaan:

  1. Campurkan Bahan A ke dalam campuran Bahan B — buat selang-seli dengan Bahan C. Kacau sebati, ketepikan dulu.

  2. Untuk adunan keju, satukan semua bahan dan pukul sampai halus dan licin. Masukkan dalam piping bag supaya senang nak guna. Sally guna blender sahaja.

  3. Panaskan air kukusan sampai mendidih. (Kalau guna kukusan elektrik macam Sally, boleh skip part ni. Tapi kalau pakai kukus atas dapur, pastikan api sederhana ya.)

  4. Sapu minyak sikit dalam acuan kuih jadi nanti mudah nak keluarkan apam. Paipkan adunan cheese dulu, kukus selama 5 minit.

  5. Lepas tu, tuang adunan coklat sampai ¾ penuh acuan. Kukus lagi 10 minit atau sampai masak elok.

  6. Angkat dan sejukkan dulu sebelum keluarkan dari acuan. Siap untuk dimakan!

✨ Tips dari Sally: Jangan tindih-tindih apam masa masih panas nanti coklat melekat kat bahagian cheese, jadi tak berapa cantik lah rupa dia. Biarkan sejuk dan elok dulu.


Kalau dah ada resipi pun tapi rasa "malasnyaa nak buat!" — haaa, untuk yang duduk sekitar Ampang / Klang Valley, boleh je order terus dengan Sally. Hahaha πŸ˜„

πŸ“² WhatsApp je kat sini: https://bit.ly/thecakesion

No comments:

Post a Comment