Resipi Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake)

Sally sekarang ni suka masak sendiri je makanan Korea sebab bila makan kat luar dapat sikit je lepas tu semuanya kedekut kan...Lepas tu semua mahal, lepas tu Sally kan tak kaya, lepas tu nnt korang marah sebab asyik makan kat kedai Korea...hahaha...okay, dah melalut!

Haemul bermakna seafood, manakala pajeon bermakna pancake...Kalau sampai Malaysia je jadi la cekodok makanan laut...haaa~ Haemul pajeon ni boleh kita guna pelbagai jenis makanan laut...ikut la nak campur apa...ikut selera masing-masing...


Bahan-bahan (Basah)
Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
Cili merah / cili hijau (optional)
Isi udang
Isi ketam / sotong
Isi kepah / lala / tiram / kupang (optional)

Bahan-bahan (Adunan)
Tepung gandum
Lada sulah
Garam
1 biji telur
Air

Bahan-bahan (Sos pencicah)
Kicap cair
Cili padi
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara-cara penyediaan :
1. Pertama sekali, cara dia sama je macam nak buat cekodok kita tapi ni Sally bagi jugak cara laa
2. Siapkan bahan-bahan (basah), bersihkan isi udang, potong sotong lebih kurang macam bentuk udang jugak, potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
3. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
5. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
7. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair, tambah sedikit air)

No comments:

Post a Comment